Bagi menyokong pelaksanaan Program Kemanusiaan Bantuan Banjir, Permodalan Darul Ta’zim (PDT) meneruskan penyaluran sumbangan barangan keperluan harian kepada mereka yang terjejas.

Misi bantuan kali ini digerakkan oleh Yayasan JDT dengan kerjasama Ihsan Johor.

Sumbangan berbentuk barangan kebersihan diri dan kelengkapan harian akan mula diagihkan esok kepada lebih 130 keluarga, melibatkan lapan buah kampung di daerah Segamat.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terkesan.