Syukur Alhamdulillah 

Saya berpeluang mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Permodalan Darul Ta’zim (PDT) Kali Ke-30. Sebagai anak syarikat pelaburan negeri, PDT telah memainkan peranan yang penting kepada kerajaan negeri dan Bangsa Johor.

Dari tahun 2015 sehingga kini, selain fokus kepada pembangunan dan pelaburan, PDT juga telah menyalurkan RM34.1 juta bagi membiayai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), demi meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat Johor.

Semoga kesemua pelaksanaan ini diteruskan untuk masa akan datang, agar PDT terus berdaya saing bagi kepentingan Kerajaan Negeri Johor dan Bangsa Johor khususnya.

Terima Kasih Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna Negeri, YB Tuan Lee Ting Han; Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Salehuddin Hassan; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir; Pengarah Tanah & Galian Johor, YB Dato’ Haji Ashari Kasnan; Pengerusi Jawatankuasa Audit & Integriti, YB Dato’ Ishak Sahari dan Ketua Eksekutif PDT (Kumpulan) YB Dato’ Ramlee A Rahman yang turut hadir hari ini.

Allah Peliharakan Sultan 

Allah Berkati Johor