Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Integriti (JAI) Kali Ke-6 Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dipengerusikan oleh Dato’ Ishak Sahari selaku Pengerusi JAI merangkap Ahli Lembaga Pengarah PDT, hari ini.

Menerusi mesyuarat tersebut, Pelan Antirasuah Kumpulan PDT (OACP PDT) telah diluluskan yang akan menjadi dokumen dasar serta rujukan utama dalam usaha memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di dalam perkhidmatan dan pentadbiran.

Mesyuarat turut disertai Ahli Jawatankuasa JAI, Haji Lukman Haji Abu Bakar dan Haji Mohd Khir Johari Salleh serta Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif anak syarikat kumpulan serta barisan pengurusan PDT.