Ketua Eksekutif (Kumpulan) Permodalan Darul Ta’zim (PDT) YB Dato’ Ramlee A Rahman menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan & Duit Raya PUJB kepada para pelajar tahfiz.

Turut mengiringi Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), Haji Mohd Radzi Mohd Amin.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada pelajar Madrasah Tahfiz Az Zahra (MATAR) dan Maahad Tahfiz Raudatul Iman sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PUJB yang diadakan semalam.