Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan bersama-bersama pihak pengurusan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) pada 5 April 2022, di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Pertemuan tersebut dihadiri oleh Ketua Eksekutif (Kumpulan) PDT, YB Dato’ Ramlee A Rahman bersama barisan pengurusan kanan PDT. YB Dato’ Ramlee turut berkesempatan menyampaikan taklimat kepada YAB Datuk Onn Hafiz yang juga merupakan Pengerusi PDT.

Taklimat tersebut antara lainnya menyentuh mengenai Pelan Pasca Covid-19 yang memberi fokus kepada teras perniagaan utama PDT dalam usaha memacu sumber pendapatan syarikat, sekaligus merancakkan pembangunan dan ekonomi negeri Johor.

Sesi tersebut turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, YB Tuan Lee Ting Han dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.