Kunjungan Hormat Delegasi Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia ke pejabat Permodalan Darul Ta’zim (PDT) telah diadakan pada 2 Mac 2022.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Mr. Micheal Newbill, Timbalan Ketua Perwakilan, Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Hadir sama, Mr. James Wilson (Economic Officer); Mr. Francis Peters (Commercial Counselor); Ms. Murni Ali (U.S. Trade & Development Agency Senior Country Rep) dan Ms. Sharon Tan (Economic Specialist).

Pertemuan ini antara lainnya untuk mendapat maklum balas susulan persidangan ‘Water Environment Federation’s Technical Exhibition and Conference (WEFTEC)’ yang dihadiri delegasi Kerajaan Johor dan anak syarikat kumpulan PDT pada Oktober 2021.

Selain itu, ia turut membincangkan dan bertukar pandangan berkenaan prospek kerjasama dua hala dalam industri air dan kelestarian.

Delegasi disambut pihak pengurusan PDT yang diketuai Timbalan Presiden Penyelidikan dan Pemantauan Projek, Azman Jaafar.

Turut bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Johor Special Water, Haji Zulkiflee Abbas; Timbalan Presiden Komunikasi, Pentadbiran dan Sumber Manusia PDT, Noor Azmi Md Omar; Timbalan Presiden Undang-undang, Kesetiausahaan dan Integriti PDT, Mohd Firdaus Abd Samad dan Pengarah Projek Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. Haji Isa Abu Bakar.