Kelab Kakitangan Permodalan Darul Ta’zim (Kelab PDT) mengambil inisiatif untuk bersama-sama membantu meringankan beban masyarakat yang kurang berkemampuan.

Usaha tersebut dilaksanakan menerusi Program Bantuan Prihatin COVID-19, yang bertujuan mengumpulkan dana daripada kalangan ahli kelab untuk membantu mereka yang terjejas.

Hari ini, sumbangan berbentuk barangan keperluan harian berjaya disampaikan kepada 17 keluarga pelajar yang layak dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Kupang, Gelang Patah.

Kebanyakan pelajar tersebut adalah daripada keluarga nelayan, selain tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Kehidupan mereka sangat terjejas kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa keempat.

Penyampaian sumbangan disempurnakan Presiden Kelab PDT, Muhammad Nur Sadiqin Mohd Khusni di Kampung Tanjung Kupang.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka dan memberi sedikit kegembiraan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini, terutama ketika menjalani ibadah puasa.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Kelab PDT yang terdiri daripada kakitangan Permodalan Darul Ta’zim dan syarikat kumpulan.