Sokongan berterusan dilakukan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) bagi meringankan beban golongan yang terjejas.

Kali ini, bantuan disalurkan kepada 100 keluarga di sekitar Batu Bahat yang melibatkan 16 mukim. Antaranya penduduk di Kampung Parit Muda, Kampung Gombak, Taman Bukit Perdana dan Kampung Sungai Rambut.

Penerima yang dipilih diselaraskan bersama Penghulu Mukim dan telah dikenalpasti sebagai penduduk yang terjejas dan memerlukan bantuan.

Kebanyakan mereka bergaji hari dan hilang punca pendapatan kesan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19

Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Daerah Batu Pahat dan Majlis Belia Daerah Batu Pahat dalam memastikan bantuan ini sampai kepada golongan sasaran.

Semoga ketibaan Ramadan kali ini memberi senyuman kepada mereka.