Encik Mohd Anizam Bin Jamian

Encik Mohd Anizam Bin Jamian | Penolong Naib Presiden Perhubungan Strategik / Tugas Khas


Encik Mohd Anizam Bin Jamian menyertai Permodalan Darul Ta’zim pada 16 Mac 2016 dimana beliau pada masa ini bertanggungjawab mengetuai Sektor Perhubungan Strategik / tugas khas. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Undang-Undang Negeri Johor di Pejabat Penasihat Undang-Undang pada Oktober 2013. Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan di Jabatan Agama Negeri Johor sebagai Penolong Pengarah (Pembangunan) pada 16 April 2012 sehingga 30 September 2013 dan Penolong Pengarah (Audit Dalam) pada 16 Mac 2011 sehingga 15 April 2012. Beliau juga pernah menjawat jawatan di Pejabat Tanah Johor Bahru sebagai Penolong Pentadbir Tanah (Pendaftaran) pada 16 September 209 sehingga 15 Mac 2011 dan Penolong Pentadbir Tanah (Penguatkuasaan & Teknikal) pada 2 Februari 2007 sehingga 5 September 2009.  Beliau juga bergiat aktif  dalam Persatuan Tenis MAKSAK Johor dengan menjawat jawatan sebagai Pengerusi. Selain itu, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Bola Tampar MAKSAK Johor dan Pengurus Pasukan Golf MAKSAK Johor. Beliau berkelulusan daripada Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian).