Encik Dzulkifly Bin Hassan

Encik Dzulkifly Bin Hassan | Timbalan Presiden (Kumpulan)  Korporat & Kewangan


Encik Dzulkifly Bin Hassan menyertai Permodalan Darul Ta’zim pada Januari 2014 dimana beliau pada masa ini bertanggungjawab mengetuai jabatan-jabatan dibawah Sektor Korporat & Kewangan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus, Bahagian Pembangunan Perniagaan di Ranhill Water Services Sdn Bhd pada Disember 2007 sehingga Disember 2013. Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Eksekutif Kanan  Kumpulan di Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ)  pada September 2002 sehingga November  2007.  Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Juruaudit di Azman, Wong, Salleh & Co pada  Ogos 2001 sehingga Ogos 2002 dan James & Co pada Jun 2000 sehingga Mei 2001. Beliau merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM Shah Alam dan Diploma Perakaunan di UiTM Johor.