Bagi memastikan Permodalan Darul Ta’zim beroperasi dengan lebih lancar dan dengan mengambilkira keperluan persekitaran semasa, Lembaga Pengarah Permodalan Darul Ta’zim telah bersetuju supaya Permodalan Darul Ta’zim meneruskan fungsinya untuk mengoptimumkan harta-harta Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SSI), saham-saham Kerajaan Negeri di dalam SSI dan syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC), serta pulangan yang diterima dari projek-projek penswastaan dan usahasama.

Disamping itu, Permodalan Darul Ta’zim juga perlu memberikan penekanan terhadap Indeks Penilaian Prestasi (INPRES) Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Government Link Companies (GLC). Justeru, sebuah sektor yang memberikan penekanan khusus kepada perkara ini telah ditubuhkan dan dikenali sebahagai Sektor Indeks Penilaian Prestasi (INPRES) yang berperasaan sebagai penyelaras dan badan pemantau bagi KPI EXCO dan GLC.

Terdapat tiga (3) sektor-sektor dalam struktur korporat Permodalan Darul Ta’zim iaitu Sektor Hartanah & Projek, Sektor Korporat & Kewangan dan Sektor INPRES.

Dibawah sektor-sektor tersebut terdapat beberapa Jabatan yang berperanan penting bagi melengkapkan struktur korporat Permodalan Darul Ta’zim.


Informasi Korporat | Amanat YAB Pengerusi | Amanat Ketua Eksekutif