Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dengan kerjasama Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Institusi Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (TRANSFORM) dan juga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 22 Januari 2018 telah mengadakan Majlis Pra Pelancaran Buku Penulisan Pena Jauhar, Siri 2.

Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Hj. Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Turut mengiringi adalah Yang Berhormat Dato’ Hj. A.Rahim Nin, Pegawai Kewangan Negeri, Dr. Badrul Hisham Kassim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), dan Tn. Hj. Lukman Abu Bakar, Ketua Eksekutif Permodalan Darul Ta’zim (PDT).

Pena Jauhar merupakan himpunan penulisan ilmiah Pegawai Tadbir Negeri Johor melalui pencernaan idea dan perspektif baharu Pegawai-pegawai Tadbir Negeri mengikut bidang kepakaran masing-masing. #PermodalanDarulTazim