Pada 14 Januari 2020 telah diadakan Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor ( MPUNJ ) Bil.01/2020 bertempat di Bilik Gerakan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor ( MPUNJ ) bertanggungjawab menyelaras dan memantau program – program pembangunan usahawan di Negeri Johor. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor ( BPENJ ) dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd ( PUJB ) merupakan sekretariat bagi MPUNJ yang mempunyai 55 ahli yang terdiri dari pelbagai agensi negeri dan persekutuan.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Tuan Sheikh ‘Umar Bagharib Bin Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Sains & Teknologi Negeri Johor.

Menerusi mesyuarat ini, Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd ( PUJB ) yang merupakan anak syarikat Kumpulan Permodalan Darul Ta’zim ( PDT ) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor telah membentangkan sebanyak 16 program utama beserta 94 program mini yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020.

Pada mesyuarat ini juga dimaklumkan, bahawa segala transformasi pelaksanaan agenda Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor perlu memberi penekanan khusus kepada IR 4.0, Industri Halal, GIG Economy dan yang berkaitan merentasi setiap peringkat PKS mengikut kesesuaian dan meningkatkan tahap kesediaan.

Turut dicadangkan agar diwujudkan Task Force Committe atau Jawatankuasa mengikut kluster. Sebagai contohnya Pembiayaan, Latihan Dan Bimbingan, serta lain – lain yang bersesuaian.

Turut diadakan taklimat berkenaan Perkhidmatan Waqaf An- Nur Corporation, Politeknik Ibrahim Sultan dan Institut Keusahawanan Negara ( INSKEN ).