TERBUKA KEPADA PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA (MASTER’S DEGREE)

Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT (TPSPDT) bagi tahun 2020 kini dibuka! Bantuan kewangan akan diberikan kepada mereka yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana serta menepati syarat-syarat kelayakan.

Syarat Am Permohonan

TPSPDT diperkenalkan sejak tahun 2016 bertujuan membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan melalui pemberian kewangan secara one-off. Program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian Ijazah Sarjana yang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus / penyelidikan / campuran secara sepenuh atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.

Pemohon mestilah menetap di negeri Johor.

Keutamaan adalah kepada pemohon yang lahir di negeri Johor.

Tiada had umur ditetapkan

Bagi pemohon yang tidak bekerja dan sekiranya pemohon / keluarga berdaftar dengan ‘e-kasih’ maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Daerah berhampiran.

Pendapatan isi rumah pemohon yang sedang bekerja haruslah tidak melebihi RM4,360.00 sebulan (B40).

Tempoh mengikuti pengajian Ijazah Sarjana mestilah berbaki lebih dua semester daripada tempoh permohonan.

Pemohon belum pernah menerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA).

Penerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT adalah diwajibkan untuk menyertai program anjuran Permodalan Darul Ta’zim selama lima (5) tahun iaitu dari tarikh bantuan diterima.

Muat Turun Borang Permohonan Sekarang !

Sila muat turun borang permohonan di pautan di bawah dan hantarkan ke emel berikut :

secretariat@rajazarithsofiah.foundation

Tarikh Tutup Permohonan :

1 September 2020