Majlis Penutup Kursus Keterampilan Komunikasi Berkesan dan Pengucapan Awam Guru KAFA Tahun 2019 yang telah diadakan pada 28 November 2019 yang lalu bertempat di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Johor. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Yosree Bin Hj Ikhsan, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Johor dan turut dihadiri oleh En Noor Azmi Bin Md Omar, wakil rasmi Ketua Eksekutif merangkap Timbalan Presiden Sektor Perhubungan Strategik Dan Tugas Khas, Permodalan Darul Ta’zim.

Pihak Permodalan Darul Ta’zim meneruskan komitmen yang telah diberikan bagi program kursus guru-guru KAFA ini sejak tahun 2017 lagi dalam meningkatkan kompetensi dan pengetahuan guru-guru dalam menjalankan tugas mereka. Kursus ini merupakan sebahagian daripada kursus-kursus yang telah dianjurkan sebelum ini bermula dari bulan Jun 2019 yang lalu.

Syabas dan selamat maju jaya diucapkan kepada guru-guru yang terpilih.
#PermodalanDarulTazim #KAFA