Kumpulan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan anak-anak syarikat buat pertama kalinya menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan kedatangan Ramadan bersama-sama anak-anak yatim dan juga rakan niaga PDT pada Rabu, 29 Mei 2019.

Majlis dimulakan dengan bacaan tazkirah Ramadan dan diteruskan dengan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yang diraikan dari Asrama Kebajikan Ar Rayyan dan Pusat Jagaan Kasih Setanggi.