KERJAYA DI PDT
Permodalan Darul Ta’zim adalah Instrumen Pelaburan yang sentiasa bergiat aktif di negeri Johor; berperanan untuk memaksimumkan pulangan pelaburan kepada kerajaan Negeri Johor melalui pelaburan dalam bentuk pegangan ekuiti dan hartanah.
Selaras dengan perkembangan semasa, Permodalan Darul Ta’zim kini membuka peluang kepada individu yang aktif dan bermotivasi untuk bersama-sama meneruskan kemajuan di Permodalan Darul Ta’zim untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.
Penolong Kanan
(Unit Pentadbiran Pejabat Ketua Pegawai Kewangan)
PENEMPATAN
Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki kelayakan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda atau yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun di dalam bidang berkaitan;
- Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis;
- Mempunyai kemahiran dalam mengendalikan perkakas, perisian dan rangkaian komputer.
Tugas & Tanggungjawab
- Bertanggungjawab dalam mengekalkan imej yang positif dan kemas.
- Berkebolehan untuk berkomunikasi secara sopan pada setiap masa.
- Menguruskan dan merekod surat keluar dan masuk.
- Melaksana kerja-kerja pengurusan pentabdiran pejabat yang diarahkan.
- Memastikan segala dokumen syarikat direkod dan difailkan secara sistematik mengikut sistem fail.
- Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan sistem maklumat, pengurusan fail serta dokumen-dokumen terbuka dan terperingkat, sistem rekod perkhidmatan dan sebagainya.
- Menjalankan semakan bagi penyelenggaraan Aset di Pejabat Ketua Pegawai Kewangan.
- Menguruskan permohonan tempahan kenderaan sekiranya ada.
- Menyenaraikan aset mengikut ruang atau lokasi.
- Mengemaskini dari semasa ke semasa apabila berlaku perubahan kuantiti, lokasi atau penempatan sesuatu aset.
- Melaporkan kerosakan aset dan mendapatkan kelulusan untuk menyelenggara aset tersebut.
- Mengenalpasti aset yang tidak digunakan dan diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Sumber & Hal Ehwal Korporat.
- Bertanggungjawab menyediakan semua permohonan pesanan pembelian syarikat yang diluluskan oleh pihak berkaitan.
- Bertanggungjawab menyediakan semakan bajet bagi tujuan pembelian.
- Bertanggungjawab mendapatkan sebut harga dari pihak pembekal bagi tujuan pembelian sekiranya perlu.
- Bertanggungjawab menyemak sebut harga daripada setiap permohonan bagi tujuan pembelian sekiranya perlu.
- Bertanggungjawab berurusan dengan pihak pembekal bagi pembelian peralatan pejabat sekiranya perlu.
- Bertanggungjawab menerima barangan bagi setiap pembelian dan memastikan barangan dalam keadaan baik.
- Membantu menyediakan laporan secara berkala berkenaan skop perolehan atau perkara yang berkaitan.
- Membantu menguruskan dan memantau persekitaran pejabat sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
- Membantu Ketua Pegawai Kewangan dalam penyediaan minit mesyuarat/perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Kewangan mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Membantu Ketua Pegawai Kewangan dalam penyediaan laporan bagi setiap projek/rundingan mesyuarat.
- Membantu Ketua Pegawai Kewangan menyediakan slide perbentangan yang berkaitan serta mengurus dan mengemaskini sebarang perjumpaan, temujanji dan mesyuarat yang melibatkan Ketua Pegawai Kewangan.
- Menyediakan dan menguruskan sebarang e-mel, memo dan surat daripada atau berkaitan Ketua Pegawai Kewangan dan merekodkan ke dalam fail-fail berkaitan.
- Memastikan setiap tugasan Ketua Pegawai Kewangan dilaksanakan dan diselesaikan pada waktu yang ditetapkan.
- Mengiringi Ketua Pegawai Kewangan ke mesyuarat dan perbincangan sekiranya perlu.
- Memastikan Laporan Bulanan Pejabat Ketua Pegawai Kewangan disediakan mengikut garis masa yang ditetapkan dan teratur.
- Membantu dalam membuat tempahan sebarang kemudahan, penginapan dan pengangkutan untuk kelancaran bagi Pejabat Ketua Pegawai Kewangan.
- Memastikan dokumen yang diterima oleh Pejabat Ketua Pegawai Kewangan untuk diminitkan.
- Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Kewangan dari semasa ke semasa.
Penolong Kanan
(Unit Teknologi Maklumat/IT)
PENEMPATAN
Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Sains Komputer atau yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun di dalam bidang berkaitan;
- Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis;
- Mempunyai kemahiran dalam penilaian kerosakan dan penyelenggaraan komputer, sistem dan server; dan
- Mempunyai kemahiran dalam mengendalikan perkakas, perisian dan rangkaian komputer.
Tugas & Tanggungjawab
- Membantu menganalisis dan menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat yang bersesuaian dengan operasi syarikat;
- Membantu menyediakan polisi atau prosedur berkaitan Teknologi Maklumat seperti polisi perisian, pemulihan, keselamatan siber, prosedur penyimpanan data dan penyelenggaraan;
- Membantu menganalisis keperluan program / sistem yang berkaitan bagi kegunaan syarikat;
- Menyelenggara sistem sedia ada serta berkeupayaan di dalam menyelesaikan masalah (troubleshooting dan problem solving) yang berkaitan dengan program dan sistem;
- Memberi latihan serta bantuan teknikal kepada kakitangan (pengguna) berkaitan Teknologi Maklumat;
- Membantu dalam pengawalan dan penyelenggaraan perkakasan, perisian dan jaringan data;
- Membantu dalam penyediaan spesifikasi dan urusan perolehan perkakasan / perisian;
- Memasang / menguji perkakasan, perisian dan rangkaian;
- Membantu dalam kerja-kerja membangun, mengurus dan mentadbir keberkesanan pengurusan pangkalan data syarikat;
- Membantu dalam membangun, mengendali, menyelia dan memastikan web server, penyokong Local Area Nerwork (LAN) dan penyokong Wide Area Network (WAN), sambungan internet dan intranet berjalan dengan baik dan lancar;
- Membantu dalam membangun, mengendali, menyelia dan memastikan operasi server administration, sistem terbuka seperti Linux, Unix OS/2 dan lain-lain berfungsi dengan baik;
- Menyediakan laporan secara bulanan berkaitan skop kerja Teknologi Maklumat; dan
- Melaksanakan arahan kerja dari Eksekutif Pentadbiran, Pengarah Eksekutif Pengurusan Sumber dan Hal Ehwal Korporat dan Pengurusan Tertinggi dari semasa ke semasa.
Pembantu Am
(Khidmat Pelanggan)
PENEMPATAN
Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd.
Syarat Kelayakan
-
Warganegara Malaysia;
-
Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia / STPM/ Sijil / Diploma atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya;
-
Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya SATU (1) tahun di dalam bidang berkaitan;
-
Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis; dan;
-
Mahir menggunakan Microsoft Office 365 dan seumpamanya.
-
Mempunyai personaliti yang positif.
-
Kemahiran pengurusan fail yang baik.
Tugas & Tanggungjawab
- Menjawab panggilan masuk dan menyambut pelawat;
- Bertanggungjawab dalam mengekalkan imej yang positif dan kemas;
- Berkebolehan untuk berkomunikasi secara sopan pada setiap masa;
- Menguruskan dan merekod surat keluar dan masuk;
- Melaksana kerja-kerja pengurusan pejabat yang diarahkan dari semasa ke semasa;
- Melaksanakan arahan kerja dari Eksekutif Pentadbiran, Pengarah Eksekutif Pengurusan Sumber dan Hal Ehwal Korporat dan Pengurusan Tertinggi dari semasa ke semasa.
Pemandu Merangkap Pemandu Am
PENEMPATAN
Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki Minima Sijil Pelajaran Malaysia dan berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Mempunyai pengalaman kerja di dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun;
- Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis dan mampu berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris sama ada secara lisan dan bertulis;
- Mempunyai lesen memandu kelas D yang sah;
- Berdisiplin, sentiasa mematuhi arahan dan menepati waktu.
Tugas & Tanggungjawab
- Membawa pihak atasan dan kakitangan ke destinasi yang hendak dituju;
- Membawa pelawat dan tetamu yang diarahkan oleh pihak pengurusan;
- Bertanggungjawab dalam memastikan penjagaan kereta syarikat dalam keadaan yang baik (memastikan kereta dalam keadaan yang bersih, kemas dan keadaan baik);
- Menjalankan tugas menghantar dan mengambil barang peribadi milik pihak pengurusan atau sebarang dokumen berkaitan;
- Bertanggungjawab dalam dokumentasi berkaitan kenderaan termasuk kesalahan trafik atau kemalangan jalan raya;
- Memastikan kereta jabatan diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan;
- Melakukan kerja pentadbiran yang dikehendaki oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa; dan
- Melaksanakan arahan kerja dari Eksekutif Pentadbiran, Pengarah Eksekutif Pengurusan Sumber & Hal Ehwal Korporat dan Pengurusan Tertinggi dari semasa ke semasa.
Pelatih (Bahagian Perancangan & Geospatial)
PENEMPATAN
PDT Assets Sdn. Bhd., Kota Iskandar
Syarat Kelayakan
-
Warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada individu yang berasal dari Johor;
-
Memiliki kelayakan minima Diploma pengkhususan Sains Ukur dan Geomatik (GIS) / Lain-lain berkaitan yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai ilmu pengetahuan tentang penyediaan pelan tanah, asas alat ukur tanah;
-
Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya SATU (1) tahun di dalam bidang berkaitan;
-
Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis;
-
Mempunyai kemahiran dalam perisian seperti Microsoft Office, Agisoft Metashape, AutoCAD;
-
Kemahiran dalam pengendalian perkakasan dan perisian dron seperti DJI Terra, Drone Pilot Mapping amat digalakkan.
Tugas & Tanggungjawab
-
Membantu menyelaras pemprosesan penyediaan pengkalan data maklumat hartanah milik PDT dan SSI dalam bentuk ‘spartial’ dan digital.
-
Membantu menjalankan lawatan tapak dan penyediaan laporan status semasa tanah untuk kegunaan dan bahan rujukan syarikat di dalam penyediaan kertas perakuan.
-
Membantu dalam penyediaan pelan tanah sama ada dalam bentuk pelan fizikal atau digital.
-
Membantu menjalankan siasatan tanah milik PDT dan SSI dengan menggunakan teknologi terkini (Drone dan alat GPS)
-
Menyediakan laporan tanah dan laporan pemantauan tanah.
-
Membantu menyelaras lawatan tapak bersama prospek bagi tujuan pajakan dan sewaan tanah.
-
Menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dari semasa ke semasa.
-
Menjalankan kerja-kerja pemprosesan dan analisa data digital dan geospatial.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan di :
1. Permohonan boleh dilaksanakan melalui seperti berikut:
- Menghantar resume / CV anda melalui e-mel kepada vacancy@pdt.com.my; atau
- Melayari laman web di malaysia.indeed.com atau myfuturejobs.gov.my bagi menghantar permohonan; atau
- Resume / CV yang dihantar hendaklah diletakkan di dalam sampul surat dan di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.
2. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:
Presiden & Ketua Eksekutif (Kumpulan)
Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd.
No.44, Jalan Padi Emas 1/2, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.
(u/p: Jabatan Modal Insan)
Tarikh Buka Permohonan Jawatan : 3 Julai 2025
Tarikh Tutup Permohonan Jawatan : 15 Julai 2025
Permohonan Yang Ditolak
Permohonan yang akan ditolak adalah seperti berikut :
- Tidak memenuhi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan; atau
- Maklumat yang dinyatakan tidak lengkap atau meragukan.
Catatan Am
- Calon yang tidak menerima sebarang jawapan 3 bulan selepas dari tarikh tutup pengiklanan jawatan kosong hendaklah menganggap permohonan anda adalah tidak berjaya.
- Calon yang berjaya dan melepasi saringan atau pemilihan akan dihubungi melalui e-mel bagi makluman tarikh temuduga serta penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan. Sila pastikan alamat e-mel masih aktif dan boleh digunakan.
- Segala urusan perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temuduga adalah di atas tanggungjawab sendiri.
- Hanya calon yang berjaya di dalam urusan temuduga akan dihubungi. Sila pastikan nombor telefon dan e-mel masih aktif serta boleh digunakan.