Tuan Haji Lukman Bin Abu Bakar

Tuan Haji Lukman Bin Abu Bakar | Ketua Eksekutif


Tuan Hj Lukman Bin Abu Jari @ Abu Bakar menyertai Permodalan Darul Ta’zim pada 20 Mei 2014. Pada masa yang sama, beliau juga menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah II (Makro & Penswastaan)  UPEN Johor sejak 3 Jun 2013. Sebelum ini, beliau menjawat jawatan sebagai Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Kulaijaya pada Feb 2011 sehingga Jun 2013. Beliau pernah berkhidmat sebagai Jawatankuasa Kumpulan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor pada 16 Disember 2008 sehingga 31 Januari 2011.

Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Y.A.B Menteri Besar Johor di Pejabat Menteri Besar Johor pada 29 Jun 2005 sehingga 15 Disember 2008. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah di UPEN Johor (penswastaan) pada Januari 2001 sehingga Mei 2005 dan Penolong Setiausaha Pejabat SUKJ (cawangan Pentadbiran) pada 16 Jun 1995 sehingga 31 Disember 2000. Selain itu, beliau mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Awam di UTM, Skudai pada 18 Oktober 1993 sehingga 16 Jun 1995 dan Guru Sementara di Sek. Men. Agama Shamsudiniah, Muar pada 16 April 1993 sehingga 16 Oktober 1993. Beliau juga telah dianugerahkan pangkat Kolonel Kehormat RELA Daerah Kulaijaya dan Mejar Kehormat Askar Wataniah.

Penglibatan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Johor sebagai Kapten Bola Sepak dan ahli Jawatankuasa Penduduk di Kg. Serama.  Kelulusan Pendidikan beliau ialah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Pentadbir Awam daripada Nottingham Polythecnic , United  Kingdom dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Starategik) daripada UTM.