TABUNG PENDIDIKAN KAKITANGAN KERAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (TPKKKP)

 

Diperkenalkan sejak tahun 2018 bertujuan menggalakkan penjawat awam Johor melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Syarat-Syarat Am Permohonan

1. Terbuka kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor (Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dan Badan-badan Berkanun).

2. Khusus untuk kakitangan kumpulan sokongan dan pelaksana sama ada lantikan secara tetap atau kontrak.

3. Sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.

4. Tiada had umur ditetapkan.

5. Tempoh mengikuti pengajian mestilah berbaki lebih 2 semester daripada tempoh    permohonan.

6. Pemohon belum pernah menerima bantuan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana PDT atau mana-mana bantuan yang dilaksanakan oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

7. Pemohon mestilah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.

8. Penerima bantuan adalah diwajibkan untuk menyertai program anjuran Permodalan Darul Ta’zim selama lima (5) tahun iaitu dari tarikh bantuan diterima.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SEKARANG !

Sila muat turun borang permohonan di pautan di bawah dan hantarkan ke emel berikut :

secretariat@rajazarithsofiah.foundation

Tarikh Tutup Permohonan :

30 Jun 2021