TABUNG PENDIDIKAN KAKITANGAN KERAJAAN KUMPULAN PELAKSANA 2019

SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN:

  1. Terbuka kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor (Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor) dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  2. Khusus untuk kakitangan kumpulan pelaksana sama ada lantikan secara tetap atau kontrak.
  3. Sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana secara sepenuh atau separuh masa di IPTA sahaja.
  4. Tiada had umur ditetapkan. 
  5. Tempoh mengikuti pengajian mestilah berbaki lebih 2 semester dari tempoh permohonan.
  6. Pemohon belum pernah menerima bantuan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor atau mana-mana bantuan kewangan pendidikan daripada mana-mana agensi Kerajaan Negeri Johor sebelum ini.
  7. Pemohon mestilah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.