TERBUKA KEPADA PENJAWAT AWAM JOHOR KUMPULAN SOKONGAN DAN PELAKSANA

Permohonan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana (TPKKKP) bagi tahun 2020 kini dibuka! Bantuan kewangan akan diberikan kepada Penjawat Awam Johor yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Am Permohonan

TPKKKP diperkenalkan sejak tahun 2018 bertujuan menggalakkan penjawat awam Johor menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Terbuka kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor (Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Khusus untuk kakitangan kumpulan pelaksana dan sokongan sama ada lantikan secara tetap atau kontrak.

Sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.

Tiada had umur ditetapkan.

Tempoh mengikuti pengajian mestilah berbaki lebih dua (2) semester daripada tempoh permohonan.

Pemohon belum pernah menerima bantuan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana Johor atau mana-mana bantuan kewangan pendidikan daripada mana-mana agensi Kerajaan Negeri Johor sebelum ini.

Pemohon mestilah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.

Penerima bantuan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana adalah diwajibkan untuk menyertai program anjuran Permodalan Darul Ta’zim selama lima (5) tahun iaitu dari tarikh bantuan diterima.

Muat Turun Borang Permohonan Sekarang !

Sila muat turun borang permohonan di pautan di bawah dan hantarkan ke emel berikut :

secretariat@rajazarithsofiah.foundation

Tarikh Tutup Permohonan :

1 September 2020